Saturday 19 March 2011

Coklat makanan Penyelamat


Barangan akhir koko seperti coklat dan minuman koko boleh menyediakan keperluan nilai pemakanan yang seimbang kepada manusia kerana ia mengangdungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kandungan lemak, karbohidrat dan protein di dalam coklat menjadi pembekal tenaga segera yang penting terutama kepada golongan yang aktif seperti kanak-kanak dan gologan remaja. Memandangkan coklat dan minuman pek sedia koko berkhasiat dan mempunyai pembuangkusan yang mudah, maka ia amat sesuai untuk dijadikan bekalan makanan semasa menyertai aktiviti luar seperti rekreasi atau sukan. 

Sesiapa yang bercadang untuk mengadakan pengembaraan, ekspedisi pendakian atau aktiviti memancing sepanjang hari semestinya membawa kepingan coklat sebagai bekalan. Semasa Perang Dunia kedua, kerajaan Amerika Syarikat telah mengakui kepentingan coklat untuk meningkatkan semangat pasukan tenteranya. Sehingga hari ini, coklat telah disenarikan sebagai salah satu bahan makanan segera (meal-ready-to-eat) di dalam keperluan makanan harian tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 1993, empat orang rakyat Britain telah terselamat dalam cuaca salji tebal di Russian caucasus dengan berbekalkan tiga kepingan coklat. Pakar-pakar pendaki Scot menasihatkan orang ramai yang ingin membuat pendakian supaya mengambil minuman panas dan makanan yang mengandungi tenaga yang tinggi seperti kepingan coklat atau kek. Para angkasawan yang menjalankan misi ke angkasa lepas sendiri membawa bersama coklat sebagai keperluan bekalan makanan mereka.

No comments:

Post a Comment